LESSON 1. APA ITU ASIAN HANDICAP ?









APA ITU ASIAN HANDICAPS ?



Asia Handicaps adalah jenis pertaruhan yang ditawarkan terutamanya pada perlawanan bola sepak. Pasaran-pasaran ini semua adalah satu kaedah matematik yang sangat rumit yang dikirakan dari 1X2. 



Asia Handicaps diciptakan supaya secara teori, setiap pasukan mempunyai peluang yang hampir sama untuk menang.

Dalam pertaruhan Asian Handicap, keputusan seri dikira efektif juga. Jadi anda hanya membuat keputusan bahawa pasukan mana yang anda fikir adalah pertaruhan terbaik di mana pasukan tertentu telah memberi bola atau yang menerima bola (makan bola). Ianya dinyatakan dari segi gol sebelum permulaan dan semasa perlawanan. Sbobet Malaysia


ASIAN HANDICAP 0.5 


Kebiasaanya, nama pasukan yang berwarna merah adalah pasukan yang memberi bola, ia kerana pasukan itu lebih kuat atau bermain di padang sendiri. 

Atromitos           (-0.5)  0.85
Asteras Tripolis (+0.5) 1.05 

Jadi sebelum perlawanan, skor antara kedua-dua pasukan adalah :-

Astromitos 0 - 0.5 Asteras Tripolis

Angka dalam kurungan adalah defisit. Di sini kami boleh melihat bahawa Atromitos memberi (-0.5) bola kepada Asteras Tripolis sebelum perlawanan. 

Sekiranya anda bertaruh pada Astromitos, mereka harus memenangi perlawanan itu. 

Jika anda bertaruh di Asteras Tripolis, anda menang jika mereka menang perlawanan atau seri. 


ASIAN HANDICAP 0

Ini berlaku apabila kemungkinan kemenangan antara kedua-dua pasukan sama rata. Anda menang jika pasukan pilihan anda menang. Sekiranya ia seri, pertaruhan anda dikembalikan.


ASIAN HANDICAP 1


Reyes       (-1)  0.84
Plasencia (+1)  1.00

Jadi sebelum perlawanan, skor antara kedua-dua pasukan adalah :-

Reyes 0 - 1 Plasencia 

Contohnya, Skor Sebenar Reyes 1 - 0 Plasencia, maka, ia bermakna Reyes 1 - 1 Plasencia di Asian Handicap ini. 

Jika anda memilih Reyes yang defisit -1, pasukan anda perlu menang sekurang-kurangnya 2 gol tanpa dibalas untuk pertaruhan anda untuk menang. Jika pasukan anda hanya menang satu gol tanpa dibalas maka ia dikira sebagai seri dan pertaruhan akan dikembalikan.

Jika anda memilih Plasencia yang memimpin satu gol (+1) maka anda menang jika mereka menang atau seri. Jika pasukan anda kalah dengan hanya satu gol maka pertaruhan akan dikembalikan. Ini adalah pilihan yang baik jika anda suka pasukan underdog. 


ASIAN HANDICAP 1.5

Di sini, jika anda bertaruh pasukan yang defisit (-1.5), anda menang jika pasukan memenangi perlawanan dengan dua gol atau lebih.

Jika anda memilih pasukan yang mempunyai permulaan (+1.5) maka anda menang jika pasukan menang atau seri. Anda juga menang jika kalah dengan satu gol.

Contohnya;


Jadi sebelum perlawanan, skor antara kedua-dua pasukan adalah :-

Dundee United 1.5 - 0 Celtic FC 

Jika, perlawanan akhir dengan Celtic mendapat satu gol, maka :-

Dundee United 1.5 - 1 Celtic FC

dan ini bermakna Celtic telah KALAH sepenuhnya. 



DOUBLE ASIAN HANDICAP

Sering kali Asian Handicap dinyatakan dalam perpuluhan. Angka ini menjadi titik pertengahan antara dua handicap. 

Double Handicap 0-0.5


Dalam contoh ini anda nampak :-

FC Goa         (-0-0.5)    0.80
Jamshedpur  (+0-0.5)   1.04

Ini juga dikenali sebagai handicap separuh dan boleh dirujuk sebagai -0.25 (0, -0.5) dan +0.25 (0,0.5) juga.

Jika anda bertaruh pada FC Goa yang defisit -0-0.5 maka anda menang jika pasukan menang dengan satu gol atau lebih. Jika ia seri, akan anda kehilangan 50 peratus pertaruhan anda. Separuh lagi dikembalikan. 

Jika anda memilih Jamshedpur +0-0.5 maka anda menang jika pasukan memenangi perlawanan. Jika ia seri, anda akan menang 50 peratus dari pertaruhan anda. 


Double Handicap 0.5-1


Jika anda memilih Wolfsberger AC (-0.5-1), juga boleh dirujuk sebagai -0.75 maka anda menang jika pasukan memenangi perlawanan dengan dua gol atau lebih. Jika ia menang dengan satu gol, maka anda hanya menang 50 peratus dari pertaruhan. Jika anda memilih pasukan Kapfenberger (+0.5-1), juga boleh dikenali sebagai +0.75 maka anda menang jika pasukan menang atau seri. Sekiranya kalah dengan satu gol, anda kehilangan 50 peratus daripada jumlah yang ditaruhkan.

Peringatan bahawa, setiap pertaruhan biasa hanya untuk perlawanan 90 minit sahaja. Tambah masa dan penalti tidak dikira sama sekali.

Comments